SEJARAH SEKOLAH
Institusi persekolahan di Sungai Baru bermula pada tahun 50-an apabila Sekolah Rakyat ditempatkan di Pondok Haji Don, Kampung Sungai Baru, Tok Keramat. Sekolah ini kemudiannya dipindahkan ke bangunan baru di Kampung Sungai Baru Tengah. Pada 21.01.1956 sebuah bangunan baru didirikan di atas tapak yang diwakafkan oleh En. Abu Bakar bin Takir, sekarang menjadi Lot milik Jabatan Pelajaran Negeri Kedah yang mempunyai keluasan 1 ekar 2 relong 21.4 pole iaitu Lot 538 S.P.K. 14930 dan 326 S.P.K. 12576 yang letaknya di Kampung Sungai Baru Tengah, berdekatan dengan kampung dan berhadapan dengan Masjid Sungai Baru Tengah.
Mukim Sungai Baru boleh jadi mendapat namanya bersempena wujudnya sebuah terusan panjang yang bermula dari Gunong di hulu hingga Alor Janggus di tepi laut yang di korek semasa pemerintahan Sultan Rijaludin Muhammad Shah, Sultan Kedah ke-13 (1626 - 1652)
Comments
Post a Comment